Kepentingan Bon Pelaksanaan Bagi Perniagaan Yang Mendapat Tender Perkhidmatan

Mengapa bon pelaksanaan bagi perniagaan yang mendapat tender perkhidmatan penting.

Published on
11/10/2023

Tiga pihak akan terlibat dalam bon ini iaitu; pihak yang menerbitkan jaminan (Penjamin), kontraktor yang yang akan menjalankan urusan kerja berdasarkan masa dan sebut harga kontrak (Prinsipal), dan pemilik kontrak.

Penerbit bon terdiri oleh penjamin yang dipercayai (surety company) iaitu institut kewangan seperti bank dan syarikat insuran yang berdaftar di Malaysia.

Bon pelaksanaan merupakan suatu jaminan yang sentiasa diperincikan pihak Kerajaan dalam perolehan tender yang melebihi suatu amaun. Ia juga merupakan suatu bon yang luas dipakai di peringkat antarabangsa untuk menjamin kesemua pihak yang terlibat dalam urusan kerja.

Dimana Saya Boleh Perolehi Bon Pelaksanaan dan Apa Jenis Jaminan yang Diberi?

Bon pelaksanaan diterbitkan dari pelbagai institusi kewangan yang memperolehi lesen dari Kementerian Kewangan di Malaysia. Antara pihak dan jenis jaminan yang disediakan adalah:

1. Jaminan Insuran / Insurance Bond / Guarantee

Jaminan ini disediakan oleh syarikat insuran yang berdaftar di Malaysia. Terdapat juga kepelbagaian jenis jaminan yang disediakan berasaskan industri yang terlibat serta pilihan Takaful, antara jaminan yang sedia ada adalah:

  1. Bon Bida atau Bon Tender (Tender Bond)
    Jaminan ini adalah satu jaminan yang dikehendaki bagi penyerahan tender untuk kontrak kerja dengan Pihak Berkuasa Awam atau Prinsipal persendirian di mana berkenaan.

    Nilai bon adalah jumlah tetap yang ditentukan oleh Prinsipal dan objektif utama bon ini ialah untuk menjamin bahawa kontraktor yang mendapat kontrak akan menerima Kontrak menurut syarat-syarat yang dikemukakan olehnya kepada Prinsipal.

    Jika Prinsipal tidak dapat mengekalkan sebut harganya, maka bon akan ditunaikan dan Prinsipal akan meminta penjamin membayar kerugian yang ditanggung sehingga jumlah bon.
  2. Bon Prestasi
    Bon ini adalah untuk memastikan Kontraktor menunaikan kewajipannya di bawah kontrak seperti dalam tempoh yang ditetapkan atau menurut syarat kontrak. 

    Nilai bon biasanya adalah 5% daripada nilai kontrak tetapi ini mungkin berbeza. Jika Kontraktor tidak melaksanakan kontrak dalam tempoh yang ditetapkan dan jika tempoh lanjutan tidak diberikan, Bon atau Jaminan akan ditunaikan.
  3. Bon Bayaran Pendahuluan (untuk kontrak Kerajaan sahaja)
    Bon ini hanya untuk Kontrak Kerajaan di bawah Garis Panduan Taja Jamin PIAM. Ini dikehendaki sekiranya Kontraktor memohon bayaran pendahuluan daripada Prinsipal untuk membantu membiayai kos permulaan dan kerja pengerahan kontrak. Nilai bon biasanya antara 15% hingga 25% daripada jumlah nilai kontrak.

    Nilai bon berkurangan menurut nisbah jumlah nilai yang dilaksanakan. Bayaran pendahuluan sedemikian akan dibayar balik secara berperingkat oleh Kontraktor daripada bayaran peringkat siap bagi kerja yang telah dilaksanakan, yang mana jumlahnya ditentukan oleh Prinsipal. 

    Bagaimanapun, jika Kontraktor melarikan diri bersama wang sebelum kerja bermula atau meninggalkan projek separuh jalan sebelum Prinsipal mendapat balik sepenuhnya bayaran pendahuluan daripada bayaran peringkat siap, Prinsipal berhak untuk menunaikan bon.

2. Jaminan Bank / Bank Guarantee (BG)

Jaminan ini pula disediakan oleh Bank, dan terdapat juga pilihan untuk memilih jaminan yang patuh shariah (BG-i). Antara jaminan yang disediakan adalah:

  1. Jaminan Kewangan
    Jaminan ini adalah pengeluaran surat janji bagi pihak pelanggan Bank bahawa pembayaran akan dibuat kepada pihak ketiga (benefisiari) jika pelanggan Bank tidak memenuhi kewajipannya untuk membayar. Pada amnya, jaminan ini dikeluarkan untuk memberi jaminan kewangan dan bukan jaminan penunaian kewajipan.
  2. Jaminan Bukan Kewangan
    Jaminan ini pula adalah pengeluaran surat komitmen bagi pihak pelanggan Bank kepada pihak ketiga (benefisiari) yang menjanjikan tanggungan kerugian kewangan yang disebabkan oleh kemungkiran pelanggan Bank (pemohon). Secara amnya, bon atau jaminan tersebut dikeluarkan untuk melindungi penunaian kewajipan, berbanding dengan kewajipan kewangan.

Bila Saya Patut Memperolehi Bon Pelaksanaan?

Bagi tender dari Kerajaan, sekiranya nilai kontrak bermasa atau one-off melebihi nilai RM200,000, bon pelaksanaan perlu diperolehi. Jaminan tersebut perlu disediakan oleh agensi yang berdaftar bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 bagi jaminan Bank Islam atau jaminan dari syarikat Takaful.

Sumber: ePerolehan | Kementerian Kewangan

Tetapi bagi tender syarikat swasta, ia akan berasaskan garis panduan yang ditetapkan oleh penerbit kontrak. Namun begitu, perolehan bon pelaksanaan memberikan pelbagai faedah kepada semua pihak yang terlibat.

Apakah Faedah Memperolehi Bon Pelaksanaan?

Antara faedah yang boleh diperolehi daripada bon ini adalah:

  1. Jaminan bagi pemilik kontrak
    Bon pelaksanaan memberi jaminan kepada pemilik kontrak bahawa urusan kontrak akan dicapai dalam masa dan sebut harga ditetapkan. Ia membolehkan kelangsungan urusan kontrak tanpa merisaukan kesemua pihak terlibat sekiranya urusan kontrak tidak tercapai.

    Dalam erti lain, sekiranya pihak Prinsipal gagal melaksanakan urusan kontrak ia akan menyebabkan pemilik kontrak untuk menanggung kos lebihan akibat daripada kelewatan projek. Melalui jaminan bon pelaksanaan, Pihak Penjamin boleh membantu pemilik kontrak untuk menanggung kos untuk sesuatu amaun atau lump-sum.

    Ini akan memberi peluang untuk pemilik kontrak bagi memperolehi kontraktor baru bagi melangsungkan urusan kerja.
  2. Keselamatan Prinsipal atau Kontraktor
    Bon ini juga memainkan peranan dalam pengurusan risiko bagi pihak Prinsipal (kontraktor). Kos dalam menjalankan urusan kontrak boleh berubah mengikut kadar ekonomi bagi perolehan barang mentah. Oleh itu, terdapat kemungkinan untuk tidak mencapai urusan kontrak dan ia bukan disebabkan oleh leka atau pecah amanah. Tetapi disebabkan oleh faktor luaran yang diluar bidang kuasa Prinsipal seperti kenaikan kos barang mentah atau kekurangan pekerja.

    Perolehan bon ini boleh mengurangkan risiko bagi Prinsipal dan memastikan kelangsungan perniagaan sekiranya urusan kontrak tidak boleh dicapai.
  3. Kredibiliti Penjamin
    Disamping pengurusan risiko, ia juga memberi kredibiliti kepada pihak penerbit kontrak yang Prinsipal akan melaksanakan tugasnya sehingga urusan kontrak selesai dalam masa dan sebut harga ditetapkan.

    Penjamin yang mempunyai reputasi tinggi akan lebih memudahkan urusan jaminan dengan pihak pemilik kontrak. Biasa dilengkapi dengan pakar-pakar industri, pihak Penjamin mampu membuat penilaian yang cekap dan akan melakukan saringan bagi menjamin pra kelayakan Prinsipal.

    Oleh itu, pemilihan Penjamin juga merupakan faktor utama bagi perniagaan untuk meningkat kredibiliti dalam pelaksanaan urusan kontrak.

Buat Pilihan Jaminan yang Tepat Bagi Menguruskan Risiko

Berbekalkan info mengenai jaminan bon pelaksanaan, ahli perniagaan yang ingin mendapatkan tender kerajaan atau swasta perlu membuat pilihan yang bijak dalam memilih Penjamin dan jaminan yang sesuai.

Tanpa jaminan, kedua pihak kontraktor dan pemilik kontrak akan terdedah untuk menanggung kos yang berat yang boleh membawa padah kepada kredibiliti dan kelangsungan perniagaan.

Anda mempunyai bon yang memerlukan jaminan dengan segera? Dapatkan polisi insuran untuk bon melalui Bond Cepat seawal 7 hari! Tidak perlu letakkan deposit* seperti Bank Guarantee dan tidak perlu semak CTOS. Layari laman web kami untuk maklumat lanjut. Atau WhatsApp 

*tertakluk kepada terma dan syarat polisi

Dapatkan Quote Percuma!

Lebih Cepat - dapatkan bond dalam 7 hari
Tidak perlu letakkan deposit seperti Bank Guarantee
Tidak perlu CTOS check
Nama
Nama Syarikat
Nombor Telefon
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.