Bank Guarantee atau Jaminan Bank
Jaminan bank adalah sebuah dokumen yang dikeluarkan oleh pelanggan bank dan berfungsi sebagai jaminan untuk pembayaran kepada pihak ketiga jika pelanggan bank tidak memenuhi kewajipan untuk melunaskan hutang. Dalam situasi ini, bank bertindak sebagai penjamin.
Tujuan dari jaminan bank ini adalah untuk mendorong individu atau perniagaan yang memiliki syarikat untuk membuat pembelian yang dapat meningkatkan aktiviti perniagaan, penggunaan, dan memberikan peluang keusahawanan.
Dengan kata lain, bank berperanan sebagai penjamin bagi pemilik perniagaan dalam suatu transaksi. Biasanya, jaminan bank ini dikenakan bayaran yang merupakan sebahagian kecil dari jumlah keseluruhan kontrak, kebiasaannya di antara 0.10% hingga 0.175% dari jumlah yang dijamin.
Ada dua jenis jaminan bank:
Jaminan Bukan Kewangan: Ia adalah pengeluaran surat komitmen bagi pihak pelanggan Bank kepada pihak ketiga (benefisiari) yang menjanjikan tanggungan kerugian kewangan yang disebabkan oleh kemungkiran pelanggan Bank (pemohon). Secara amnya, bon atau jaminan tersebut dikeluarkan untuk melindungi penunaian kewajipan, berbanding dengan kewajipan kewangan.
Jaminan Kewangan: Ia adalah pengeluaran surat janji bagi pihak pelanggan Bank bahawa pembayaran akan dibuat kepada pihak ketiga (benefisiari) jika pelanggan Bank tidak memenuhi kewajipannya untuk membayar. Pada amnya, jaminan ini dikeluarkan untuk memberi jaminan kewangan dan bukan jaminan penunaian kewajipan.
Jaminan bank pada amnya mempunyai tarikh luput dan tempoh tuntutan dan penjamin mesti menerima sebarang tuntutan jaminan bank dalam tempoh in.. Semua jaminan bank yang dikeluarkan mesti mempunyai amaun dan tempoh liabiliti, termasuk tempoh tuntutan yang dinyatakan secara khusus.
Bon Insurans
Insurans Bon adalah kontrak perjanjian yang diperlukan oleh badan kerajaan atau syarikat untuk menjamin syarikat menunaikan kewajipan. Dengan melabur dalam bon, anda sebenarnya berperanan sebagai pemberi pinjaman, manakala badan kerajaan atau syarikat yang menerbitkan bon adalah peminjam.
Kadar faedah dalam bon ini disebut sebagai "kadar kupon," di mana ia dijanjikan akan dibayar oleh penerbit bon.
Apakah faktor yang menentukan harga bon?
- Harga Kontrak
- Tempoh Kontrak
- Nilai Bon Pelaksanaan
- Tempoh Sah Laku
- Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP)
Jenis-Jenis Bon
Terdapat beberapa jenis bon yang berbeza di pasaran mengikut kepada jenis dan risikonya. Tempoh matangnya juga berbeza, ada bon jangka panjang dan bon jangka pendek.
Bon Pelaksanaan untuk Tender: Bon ini merupakan suatu jaminan yang wajib diperolehi apabila sesebuah perniagaan berjaya mendapatkan tender kontrak dari pihak kerajaan melalui sistem perolehan (myprocurement) oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Jaminan ini boleh diperolehi melalui pelbagai institusi kewangan berdaftar di Malaysia dan antara jaminan tersedia adalah Bank Guarantee (BG) yakni dari bank atau bon insuran dari syarikat insuran. Bergantung kepada industri yang terlibat dalam kerja kontrak, nilai peratusan bon akan berubah mengikut sebut harga dan tempoh kerja kontrak.
Bon Korporat: Bon korporat dikeluarkan oleh perusahaan-perusahaan korporat yang memiliki reputasi kredit yang kuat. Agensi penilaian kredit akan menilai reputasi ini, dan setelah dianggap baik, perusahaan tersebut dapat mengeluarkan bon untuk mendapatkan modal operasional. Kadar faedah yang ditawarkan oleh bon korporat biasanya lebih tinggi daripada bon kerajaan, tetapi jika dibandingkan dengan instrumen pasar lainnya, faedahnya cenderung lebih rendah.
Bon Perbandaran: Fungsinya lebih kurang dengan bon pelaksanaan untuk tender, dan ianya juga dianggap selamat untuk pelaburan. Bezanya ia terbitkan oleh pihak berkuasa tempatan contohnya bon yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang 2004, MBPG adalah pihak berkuasa tempatan pertama yang mengeluarkan bon perbandaran.
Bon Boleh Tukar (Convertible Bon): Jika anda mempunyai bon boleh tukar ini, anda boleh menukar bon ke dalam bentuk saham ekuiti atau saham biasa pada masa yang ditetapkan. Ianya sejenis sekuriti hutang korporat berpendapatan tetap.
Saya Sudah Dapat Tender: Pilihan Mana Yang Lebih Sesuai?
Berjaya mendapat notis keputusan tender dan Surat Setuju Terima (SST)? Anda harus segera mendapatkan jaminan. Tapi antara Jaminan bank atau Bon insurans, nak pilih yang mana?
Jika anda dalam perjanjian kontrak di mana pihak ketiga memerlukan jaminan bahawa anda akan memenuhi obligasi kontrak anda, bon insuran merupakan pilihan yang lebih fleksibel, jimat dan pantas untuk diperolehi. Syarikat insuran mampu menyediakan sebut harga dalam tempoh 7-hari untuk perolehan bon insuran, serta segala pembayaran boleh dilakukan secara online.
Anda juga tidak perlu risau atas reputasi kredit anda kerana syarikat insuran tidak melakukan sebarang pemeriksaan CTOS. Tambahan lagi, anda tidak perlu membuka akaun bank yang khusus atau menjadi pelanggan yang sedia ada pada mana-mana syarikat insuran untuk perolehi bon insuran.
Jika dibandingkan dengan jaminan bank, anda perlu meletakkan jumlah deposit yang sangat tinggi dan ia tidak boleh dikeluarkan sehingga tamat tempoh kontrak. Bon insuran akan lebih menjimatkan kerana tiada jumlah deposit yang besar perlu diletakkan selain dari cagaran tunai yang minimal.
Disamping itu, segala urusan dokumentasi dan pengiraan jumlah SST akan dikelola oleh syarikat insuran. Dengan proses dokumentasi yang tepat dan cekap, akan membantu penerima kontrak untuk mengelakkan penambahan kos apabila sebarang pelarasan perlu dilakukan.
Kesimpulannya, bon insuran merupakan pilihan yang lebih bijak. Ia mudah diperolehi, serta tidak mendatangkan jumlah kos yang besar. Lebih lanjut lagi, anda boleh berunding dengan pakar kami atau layari laman web Bond Cepat untuk membantu anda menentukan pilihan terbaik untuk situasi anda.
Atau, anda mempunyai bon yang memerlukan jaminan dengan segera? Dapatkan polisi insuran untuk bon melalui Bond Cepat seawal 7 hari! Tidak perlu letakkan deposit* seperti Bank Guarantee dan tidak perlu semak CTOS. Layari laman web kami untuk maklumat lanjut.